Sunday, December 25, 2011

Cattle Feedlotting




1.1 Definisi Fidlot

Penternakan Lembu Fidlot” bermaksud memelihara lembu secara intensif dalam kandang/kurungan untuk tujuan pengeluaran lembu daging melalui peningkatan berat badan dengan memberi makanan yang bermutu, air bersih, mineral dan vitamin yang secukupnya untuk tempoh yang tertentu.
Perlu diperhatikan bukan semua peningkatan berat badan lembu fidlot boleh disamakan dengan pengemukkan. 


Pengemukkan atau peningkatan utama berat badan yang disebabkan deposisi lemak (fat deposition) hanya berlaku pada peringkat umur tertentu dan berkait rapat dengan baka dan formulasi makanan yang diberikan.  Sebagai contoh, peningkatan berat badan lembu tempatan ( baka KK ) yang di fidlot antara umur 12 hingga ke 16 bulan terdiri daripada peningkatan berat tulang dan daging sahaja,deposisi lemak adalah terlalu kecil.
Apa yang penting dan perlu diingat ialah bidangusaha fidlot ini hanya untuk memenuhi permintaan sesuatu pasaran terhadap daging lembu dengan mengembleng segala sumber yang terdapat di lokasi berkenaan itu secara optimum untuk mendapat keuntungan yang maksimum.

1.2 Sistem Fidlot

Dua sistem penternakan fidlot yang biasa diusahakan di Malaysia :

i. Sekali Masuk – Sekali Keluar

Memelihara sekumpulan ternakan sahaja dalam sesuatu masa sehingga tamat tempoh dan mencapai "target" berat pasaran.  Selepas semua ternakan habis dipasarkan (dijual) barulah dimasukan dan dipelihara kumpulan ternakan berikutnya.

ii. Masuk-Keluar Berterusan

Memelihara beberapa kumpulan ternakan secara berperingkat mengikut tempoh tertentu berdasarkan "target" pasaran bagi setiap kumpulan.  Setiap kumpulan ternakan dipelihara dan dipasarkan (dijual) secara berterusan.

1.3 Untung-Rugi Operasi Fidlot.

Terdapat empat (4) faktor utama yang akan mempengaruhi untung-rugi bidangusaha fidlot. Faktor berkenaan adalah :-

1.3.1 Faktor ternakan
  • Harga belian feeder
    Harga jualan finisher
  • Keupayaan prestasi baka yang digunakan.
1.3.2 Faktor makanan( harga ) yang digunakan

Harga makanan paling mahal dan mencapai 70% kos pengeluaran.  Ini bermakna sebarang kelewatan penjualan akan mengurangkan keuntungan."Market Timing" kadangkala amat penting bagi operasi yang berskala besar.  Setiap pengusaha perlulah sentiasa sedar akan peluang dan kos yang terlibat dalam setiap hari projek beroperasi. Adalah sesuai dan amat digalakkan para pengusaha menguasai ilmu pemakanan ruminan, khususnya dalam sistem fidlot ini.  Pembaziran makanan juga boleh dielakkan dengan mengunapakai rekabentuk kandang yang standard.

oleh mana-mana pihak walau dimana juga diusahakan akan menjadi lebih seragam serta dapat memenuhi tahap piawaian kualiti ternakan yang ‘standard’.
(Sumber : http://www.dvs.gov.my )

No comments: